Drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan Uqasha Senrose dan Shah Iskandar

Drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan Uqasha Senrose dan Shah Iskandar
Drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan Uqasha Senrose dan Shah Iskandar

Drama Syurgaku Tak Sempurna - Namanya sering terpalit kontroversi sepanjang berkecimpung dalam bidang hiburan tanah air.

Malah, tindakannya membuka tudung pada penghujung Ogos tahun lalu juga mengundang pelbagai kritikan dan reaksi negatif daripada netizen di laman sosial.

Bagi pelakon Uqasha Senrose, 23, dia bersedia menerima apa saja kritikan peminat kerana menganggap ia sebahagian daripada harga yang perlu dibayarnya sebagai anak seni.

“Saya terima apa saja kritikan daripada orang kerana ia keputusan saya dan tidak dipaksa sesiapa pun.

“Saya sendiri tak pernah minta dikaitkan dengan kontroversi kerana semuanya datang dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Tanyalah mana-mana artis pun, siapa yang mahu dikaitkan dengan kontroversi dan menjejaskan nama baik?“ katanya.

Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Tundukkan Playboy itu, dia juga bertuah kerana keluarga terdekat menjadi sumber kekuatan untuk berdepan dengan apa jua kontroversi.

“Selain ibu, adik saya iaitu Nelydia dan Raysha Rizrose juga menjadi penyokong kuat di belakang sejak dulu.

Ditanya kenapa namanya agak sepi kebelakangan ini, Uqasha berkata, dia memang ingin memberi ruang kepada dirinya sendiri.

“Selepas isu buka tudung, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika dan menghabiskan masa dengan keluarga di rumah.

“Saya menceburi bidang seni kerana minat yang mendalam dan segala kritikan orang tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk terus berlakon. Sebagai pelakon, misi dan visi saya dalam bidang seni untuk dikenali dengan bakat yang dipertaruhkan, bukannya kontroversi,” katanya.

Pelakon jelita yang turut menempa nama dalam filem genre seram iaitu Paku ini juga masih sibuk memenuhi undangan berlakon drama dan telefilem.

Buat masa ini, dia sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri Syurgaku Tak Sempurna yang sudah ditayangkan di HyppTV.

Dalam drama arahan Michael Ang itu, Uqasha juga bergandingan dengan Shah Iskandar dan Raja Ilya selaku teraju utamanya.

“Apa yang menarik, ia pertama kali saya melakonkan watak jahat dalam drama dan ada kelainan dalam lakonan.

“Sebelum ini saya sering melakonkan watak wanita yang baik dan lemah, kali ini saya cabar diri dengan watak wanita yang sering memberontak dan suka menjerit,” katanya.

Bagaimanapun, Uqasha juga ingin melakonkan watak lasak dalam filem genre aksi pada masa depan.

“Saya teringin melakonkan watak yang membabitkan babak pergaduhan dan seni mempertahankan diri selepas ini.

“Selain itu, saya juga dapat tawaran berlakon teater tapi terpaksa menolak kerana ingin fokus pada penggambaran drama dulu.

Sementara itu, ditanya mengenai gosip dikatakan bercinta dengan pengacara HLive, Hefny Sahad, Uqasha juga enggan mengulas lagi mengenai hubungan mereka.

“Saya serahkan kepada ketentuan Allah SWT. Kalau sudah sampai jodoh, saya kahwinlah,” katanya.

Saksikan drama Syurgaku Tak Sempurna di HyppTV saluran 116 Hypp Sensasi HD. - Ramlah Zainal HMetro

Get the latest news delivered to your inbox

Follow us on social media networks

NEXT Join Auto Today on Great India Drive