Drama Cik Serba Tahu lakonan Remy Ishak dan Sari Yanti

Drama Cik Serba Tahu lakonan Remy Ishak dan Sari Yanti
Drama Cik Serba Tahu lakonan Remy Ishak dan Sari Yanti

Drama yang admin tunggu-tunggu, Cik Serba Tahu lakonan Remy dan Sari Yanti akan bersiaran pada 27 Mac ini selepas drama Dia Bidadariku tamat. Drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil ini diterbitkan Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah Shuhaimi Zulkefli.

Para Pelakon

Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Nadia Brian

Sinopsis

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

Video Promo

Nantikan kesudahan 16 episod drama Cik Serba Tahu ini yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.

Get the latest news delivered to your inbox

Follow us on social media networks

NEXT Join Auto Today on Great India Drive